Friday 22 February 2013

Saturday Work

tahun ni aku dah start praktikal selama 4 bulan. Sabtu pun kena keje tap halfday je la... tapi bila difikir semula keja sabtu nih xde buat apa better dok rumah on9 fb...sama ja kalau aku mai sini pun dok on9 gak.. so bored. 
apa2 pun jam dah pukul 12 jom balik. tapi ingt nak dating la kat Pavilion Alor Setar. eh lupa lak sini xdak pavilion yang ada IOI dengan Time Square. Whatever la nak p mana pun yang penting aku sayang Capital I. Love u sayang. muaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! wow TERover lak aku kan
kikikikiki korang hader kerr? :P

23 Februari 2013 11:43AM

Tuesday 27 September 2011

KONVOKESYEN


25 Mei dengan 26 September adalah tarikh kakak dengan abang aku konvo..aku bila lagi??? ops lagi setahun setengah lagi..sabar2...Insyaallah aku akan berjaya hbiskan jugak pengajian aku. Kakak dan abang aku sama jurusan tapi lain2 poli. aku je berbeza terus..swasta pulak tu so kene go on la jgk....dorang boley xkan aku xboley kot.. ape2 pun congratulation to my sis and brother for your convocation. Tunggu 2013 pulak :)

Thursday 22 September 2011

Wednesday 21 September 2011

@SINGLE IS BETTER.com


Hidup single adalah lebih baik kerana tiada siapa yang akan akan mengawal gerak geri kita ini ditujukan untuk kapel yang suka mengawal setiap gerak geri kapelnya tak kira kemana saja kapel nya pergi. Kelebihan orang single semasa belajar ialah dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembelajaran sekaligus mempunyai rekod yang cemerlang untuk digunakan pada masa depan. Tetapi hari ini ramai yang bergelar student setiap orang tak kurang seorang awek atau seorang balak untuk dijadikan spare part jikalau salah seorang itu clash dengannya.

Di sini kita dah nampak permainannya dan ramai yang menyertai seterusnya menjadi mangsa kerana dek penipuan manusia yang menjadikan kasih sayang sebagai alasan utama untuk melepaskan diri mereka dari pasangannya itu. Terlalu jelas niat permainan mereka untuk menaniayai orang yang tak bersalah. Dimana hak dan suara kita untuk membela kawan kita yang diperlakukan seperti ni? Mana hak kita beb?
Oleh sebab itu lah saya mengatakan single is better. Jika kita bercinta macam putera raja tapi akhirnya putus di pertengahan jalan mesti malu beb kat orang sekeliling ye la mana tak nya hari-hari orang tengok kite bersama tiba-tiba dengar dah clash. Apa motifnya semua ini? jadi tanpa berfikir pangjang salah seorang itu mengambil jalan mudah berhenti kolej,bunuh diri atau buat apa-apa kerja bodoh yang tak menguntungkan sapa-sapa. Mungkin dia yang untung kalau dia bunuh diri dia akan meraih simpati orang ramai. Memang silap la!! Dia akan menempah neraka untuknya sebab membunuh diri adalah salah satu dosa besar dalam Islam.
Namun pelbagai pihak terlalu membuka jalan untuk pasangan muda ni kapel di usia muda. Kesan terhadap semua ni memang ngeri.  Bayi luar nikah yang di buang macam sampah ada yang membiarkan di makan binatang buas mana sifat keperimanusiaan kit beb?? Mana?? Manusia sanggup buat manusia macam tu apa lagi kita boleh gelarkan terhadap mereka-mereka ini?  yang menanggung malu ibu bapa kita! Kita bila buat sex tak pernah fikir kesannya nanti tapi satu benda yang berlegar-legar di kepala waktu itu hanyalah kepuasan! Tapi risiko terlalu tinggi. Itu tak termasuk lagi tahap kesihatan seseorang itu. Kena HIV baru la nak menyesal. Mana otak waktu main dulu?

Kalau sudah jodoh yang ditentukan Tuhan mungkin akan berkekalan sekiranya kedua-dua menjaga batas-batas pergaulan yang di gariskan oleh agama. Insyaalah hubungan akan berkekalan sehingga akhir hayat. Tapi sesetengah manusia mendoakan hubungan pasangan tersebut sehingga ke anak cucu mungkin umur panjang dapat cicit pasangan itu akan bercerai? Itu lah yang dimaksudkan. Namun kalau berkapel ni banyak halangan yang perlu ditempuhi. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk meneruskan hubungan itu. Tapi saya teringat lagi kata-kata Ustaz saya di kolej “jika kita ada makwe pakwe kita akan berkawan dengan dia sahaja dan kita tak akan mengenali orang lain”. Nampak perbezaan dulu dah sekarang. Majoriti pasangan sekarang ini cemburu mengatasi segala-galanya. Walaupun pasangannya keluar dengan rakannya dah timbul syak yang bukan-bukan dan mula lah nak bergaduh ungkit kisah dulu-dulu. Ape punye kapel macam ni?  Single is better kan?

Ada juga sesetengah orang dah berkapel lama tapi tiba-tiba dia mengatakan yang dia belum bersedia lagi untuk kapel? Memang orang jenis ni suka mainkan perasaan orang. Kalau dah tak bersedia kenapa teima dia jadi kapel? Sapa yang bersalah sekarang ni?  Kalau ada kapel mesti kena bawa pergi jalan-jalan. Shoping-shoping atau kemana sahaja asalkan dapat bersama tapi semua ni mesti memerlukan duit. Jika seorang student mana nak dapat duit untuk semua ni? Melainkan menggunakan duit pinjaman yang objektifnya unutk pelajaran sahaja. Tapi yuran pelajaran mesti kena bayar. Kalau ada lebihan duit tak mengapa la nak bawa kapel keluar tapi kalau sebaliknya? Makan minum shoping bayar masing-masing? Tak gentlemen la kalau macam tu. Sebagai lelaki mesti kena tunjukkan sifat-sifat lelaki untuk membela wanita tapi dunia sekarang ni dah terbalik wanita yang menyara hidup lelaki. Kalau boleh nak je bagi lelaki jadi suri rumah.mengandung biar wanita jadi ketua keluarga. Tapi semua ni tak betul kan? Jadi kita sebagai lelaki harus bangkit untuk menjadi seorang lelaki yang benar-benar disegani. Ini tidak hanya disegani dalam pusat serenti, nak buat apa situ? Dah terkena baru menyesal.

Cinta yang suci mampu melahirkan kejujuran yang terkandung dalam hati unutk diterjemahkan kepada pasangan masing-masing tak kira umur, darjat atau gelaran. Semua adalah sama di sisi tuhan. Pangkat memangkat itu hanyalah dunia tapi yang kekal abadi adalah akhirat. Bercinta memang tak salah sekiranya kita bercinta dengan cara yang betul dan yang dibenarkan Islam. Jika kita ramai kawan termasuk lelaki ataupun perempuan kita perlu juga menjaga batas-batas kita sebagai muslim. Apa yang paling penting bijak memilih kawan sebab dari kawan lah kita dapat menilai diri kita sebenar. Kalau tak percaya buat lah kajian sendiri dan kajian ini tak memerlukan sesen pun Cuma menggunakan masa yang betul akhirnya dapat lah satu kesimpulan yang akan mengejutkan itupun kalau pengkaji tersebut benar-benar focus terhadap apa yang dikajinya itu.
Peribahasa “tak kenal maka tak cinta” tak semestinya diguna unutk bercinta. Sebagai contoh nak kenal dengan seorang gadis mula la guna peribahasa ni tapi bila dah dapat “terlebih” kenal la pulak. Dan ditambah-tambah pulak “belum try belum tahu” mula lah bersepah bayi-bayi dalam longkang. Peribahasa itu mempunyai perspektif yang luas untuk diterjemahkan kepada umum. Boleh juga digunakan untuk ulat buku. Pergi kedai buku baru tengok tajuk dah cakap tak best dah la tebal. Tapi isi di dalam buku itu tak semestinya tak best macam tajuk buku itu. Jadi kita perlulah baca. Jika kita tak mampu nak beli kita pinjam kat perpustakaan. Lagi banyak buku kita boleh baca dah boleh tahu tentang semuanya jika kita rajin. Barulah tepat peribahasa tadi. Saya tekankan disin peribahasa tadi tidak semestinya digunakan unutk bercinta sahaja.

Single oh single! Nak guna bujang oh bujang nanti orang cakap pelik sangat. Dah bahasa melayu kita dah mahir sekali sekala nak guna bahasa asing apa salahnya kan? Jangan jadi katak di bawah tempurung. Sesetengah pendapat mengatakan kalau single hidup bosan, tak tahu nak buat apa. Itu saya tak boleh berkata apa-apa la sebab mungkin dia dah biasa kapel tiba-tiba single mesti rasa bosan. Macam saya la dah dua kali putus cinta akhir sekali saya ambil keputusan untuk single sehingga saya bekerja kerana kalau saya dah berkerja saya akan mempunyai asset dan masa depan yang cerah. Ini bukan lah kenyataan membangga diri tapi dari sudut positif kita mempunyai pendapatan yang cukup unutk membina rumah tangga.

Baru belasan tahun dah galak nak berkahwin sedangkan sesen pun tak ada. Kalau dah berkahwin mungkin suami isteri tersebut akan minum air paip setiap hari. Mana kita tahu. Tapi kalau keluarga akan menanggung makan minum pakaian saya pun nak kawin awal tapi ada ke keluarga yang nak menyara anaknya yang sudah berkahwin. Keluarga yang kaya raya tak apa la.Dah la ibu bapa dah menyara hidup kita dari kecil hingga besar ini dah berumah tangga pun nak kena ibu bapa tanggung lagi? Memang tak malu la. Kita sepatutnya dah bekerja perlu menghulurkan duit untuk ibu bapa di kampong kalau nak ikutkan dari kecil hingga besar tak ternila jumlah ringgit yang dikeluarkan untuk makan minum kita. Jika kita tak mampu bagi banyak hulur lah sebanyak mana yang kita ada asalkan kita teringat jasa kedua orang tua kita.
Duit kita banyak dihabis kan untuk top up. Kebanyakkan belanja kapel topup. Penting ke semua itu? Kalau kawasan dia tak ada kedai top up kebetulan dia jauh berada dengan kita tak kisah la tapi satu tempat pun nak minta top up dah la kita topup kena call lagi tengah call pun sms lagi. Mungkin salah satu prinsip berkapel kot.

Namun kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran kita fikirlah apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau kita dapat menjaga kapel kita seelok-eloknya insyallah kita akan mendirikan rumah tangga dan mengecapi kebahagian dunia dan akhirat. Saya menulis semua ini untuk panduan kita semua.  Jika ada yang tak suka saya memohon maaf kerana apa yang saya muatkan didalam ini berdasarkan kisah hidup saya dan orang di sekeliling saya. Terima kasih kerana sudi membaca artikel yang baru pertama kali dibuat selepas putus cinta.


Ditulis oleh:
Fariz
2231 PM 31 mac 2011
©Hak Cipta Terpihara 2011



Monday 19 September 2011

About Him-Maher Zain

Maher Zain born March 16, 1981 in Tripoli Lebanon is a Muslim Swedish R&B singer, songwriter and music producer of Lebanese origin. His debut album Thank You Allah  was released in 2009.

Maher Zain and his family moved to Sweden when he was eight years old. He completed his schooling there gaining a Bachelors degree in Aeronautical Engineering. After university he entered the music industry in Sweden and linked up with Red One, the Moroccan born Swedish producer.
When Red One moved to New York in 2006 Maher Zain followed soon after to continue his music industry career in the USA producing for artists such as Kat DeLuna.On a visit home to Sweden he became engaged once more with his Islamic faith and decided to move away from a career as a music producer to become a singer/songwriter of contemporary R&B music with a strong religious influence.
In January 2009, Maher Zain began working on an album with Awakening Records. His debut album was Thank You Allah, with 13 songs and two bonus tracks was released on 1 November 2009 with percussion versions and French versions of some tracks released shortly afterwards.
Maher Zain and Awakening Records successfully used new media such as Facebook, You Tube and iTunes to promote tracks from the album. In early 2010 his music very quickly gathered a huge online following in Arabic speaking and Islamic countries as well as among young Muslims in western countries.By the end of 2010 he was the most Googled celebrity in Malaysia for that year. Malaysia is also the country where he has had the most commercial success. The album  Thank You Allah received 8 Platinum awards from Warner Music Malaysia as the highest selling album of 2010. In 2011, Thank You Allah earned a double platinum award from Sony Music Indonesia.
Maher Zain sings mainly in English but has released some of his most popular songs in other languages. The song "Insha Allah,”, for example, is now available in English, French, Arabic, Turkish, Malay and Indonesian versions. Another song, “Allahi Allah Kiya Karo” (“Continuously Saying Allah”), is sung in Urdu and features the Pakistan born Canadian singer Irfan Makki.
In March 2011, Maher Zain released "Freedom", a song inspired by the events and the actions of the people taking part in the Arab Spring. In July 2011 he featured on the cover of the UK Muslim lifestyle magazine Emel.